Tuesday 30 August 2016

Buasir Jangan Dibiar Melarat


Buasir Jangan Dibiar Melarat. Penyakit ini sering dianggap memalukan, apatah lagi jika dialami wanita. Bayangkan, sanggupkah anda membuat pendedahan atau bercerita secara terbuka mengenai pengalaman berdepan buasir. Kalau boleh, rahsia itu dikunci rapat dan tiada siapa perlu tahu kerana ia berlaku di bahagian sulit.

Hakikatnya, ia penyakit yang tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa usaha merawat. Sesiapa pun boleh terdedah kepada buasir atau hemorroids. 

Penyakit ini terjadi apabila urat di bahagian rektum (bahagian akhir usus besar) dan dubur membengkak. Salur darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal laluan najis. 

Apabila urat di bahagian itu membengkak, berlaku pendarahan rektum, sakit dan perit ketika buang air besar. 

Tekanan yang terlalu tinggi dalam darah di bahagian rektum boleh menyebabkan dinding dubur tertonjol keluar, terutama ketika meneran. Bagaimanapun, buasir tiada kaitan dengan kanser dan bukan penyebab penyakit itu. 

Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr Chan Kin Yoong, berkata disebabkan kes buasir dialami pesakit jarang yang serius, ramai mengambil sikap berdiam diri hingga menyebabkan ia semakin melarat.

Akibatnya, pesakit lebih menderita apabila buasir tidak dirawat bertambah teruk. 

Menurutnya, antara sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan yang berlaku di abdomen. 



Ramai wanita hamil menderita buasir kerana pembesaran rahim secara beransur-ansur meningkatkan tekanan pada beberapa organ dan abdomen. 

Tekanan tinggi pada perut yang meningkatkan kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika bekerja (misalnya yang bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi) atau individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik. 

“Gejala buasir ialah usus terbonjol atau terkeluar dari dubur, pendarahan rektum, sakit di dubur dan kerengsaan dubur. Buasir dalaman lazimnya tidak menyebabkan sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum,” katanya. 

Buasir Jangan Dibiar Melarat


Beliau berkata, buasir jenis ini tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis ketika buang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah. 

Pesakit boleh nampak titisan darah berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu mendapat bantuan perubatan kerana dikhuatiri darah terbabit datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser usus besar. 

“Buasir luaran yang terjojol keluar dari dubur sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, pembekuan darah akan berlaku di dalamnya, menyebabkan ia terasa sakit. Gejala berkenaan menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. 

“Buasir jenis ini sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya dan akan berulang walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding yang berlaku sebelumnya,” katanya. 

Dr Chan berkata, menghindarkan perkara yang menjadi pencetus boleh mencegah seseorang itu mendapat buasir. 

“Jika pekerjaan dilakukan memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan- jalan sekurang-kurangnya lima minit setiap jam.



Dr Chan berkata, dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan. Di samping itu, elakkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas sebagai amalan kerana ia membuatkan anda duduk lama di tandas. 

Buasir Jangan Dibiar Melarat


Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih tiga hingga lima minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat buang air besar yang baik dan pastikan najis anda sentiasa lembut. 



Punca buasir:

Duduk untuk jangka masa lama. 

Meneran (ketika najis keras atau sembelit)

Cirit-birit.

Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama.

Batuk yang teruk.

Bersalin.

Mengangkat berat.
Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Tahap buasir:

Pendarahan.

Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya.

Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk memasukkannya semula ke dalam dubur.
Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur.


Pengurusan sendiri

Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.

Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

Buasir Jangan Dibiar Melarat


Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor.



Dapatkan Ubat Buasir Dispiles.. untuk keterangan lanjut sila hubungi!!









HOTLINE 0163370696






Monday 29 August 2016

Buasir Berdarah

Buasir Berdarah

Masyarakat adakala malu atau segan untuk membincangkan topik yang berkaitan dengan najis. Bagi sesetengah golongan isu ini adalah rahsia dan tidak patut dikongsikan bersama. Malah ada yang menyimpan ‘rahsia’ kejanggalan najis mereka sehingga ianya mendatangkan kesan yang mudarat kepada diri mereka sendiri. Ada juga pesakit yang sering membeli ubat di farmasi dengan mempunyai persepsi berak berdarah adalah hanya buasir dan itu adalah normal. Malangnya persepsi pesakit sering salah, pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah disarankan bagi mengelakkan komplikasi. Satu kajian populasi yang dilakukan di Australia menunjukkan 47% pesakit merasakan berak berdarah itu tidak perlu dirisaukan. Malahan 37% populasi kajian tidak pernah melihat warna najis sendiri dan 43% membuat rawatan sendiri sebelum mendapatkan nasihat doktor.

Saya temui darah dalam najis saya. Mengapa?

Ada banyak sebab mengapa berlaku pendarahan di dalam najis. Apa yang para doktor akan lakukan ialah bermula dari mengambil sejarah terperinci berkenaan dengan cara pembuangan najis pesakit.
  1. Buasir (haemorrhoid) – secara amnya buasir disebabkan oleh luka yang berlaku dari pembuluh darah yang menjadi kusyen bagi di bahagian anus (lubang dubur). Pendarahan sering berlaku bagi pesakit yang mempunyai sejarah sembelit atau kesukaran untuk membuang najis. Darah dari buasir selalunya adalah darah merah yang segar (fresh) beserta dengan menitis-nitis sesudah selesai pembuangan najis. Darah tidak akan bercampur dengan najis. Kadang kala pesakit dapat merasakan kehadiran benjolan-benjolan (bengkak) licin di lubang dubur. Pesakit kadang kala merasakan kegatalan dan sakit di kawasan dubur.
  2. Divertikulum – Ini adalah poket-poket kecil yang terdapat marata-rata di usus besar. Pendarahan yang berlaku selalunya darah yang segar kadang kala berketul seperti pendarahan haid di kalangan wanita. Pesakit akan mengatakan bahawa mereka ke tandas untuk membuang air besar tetapi yang keluar adalah darah segar, tiada najis. Kadangkala pesakit akan mengadu selalu sembelit untuk ke tandas.
  3. Kanser – Kanser usus adalah kanser yang ketiga tertinggi dikalangan pesakit di Malaysia. Tanda- tanda awal ialah berak berdarah yang tidak mendatangkan sebarang kesakitan sewaktu membuang najis. Darah akan bercampur dengan najis. Pesakit kadangkala ada pertukaran dari segi tabiat membuang air besar – sembelit berpanjangan, cirit beserta darah, sering ke tandas untuk membuang air besar tapi tiada (tenesmus).
  4. Luka di anus (anal fissure) – Pesakit yang mempunya masalah sembelit boleh mendapat luka dibahagian anus. Sering kali darah daripada luka ini adalah darah merah segar beserta dengan sakit di anus dan selalunya pendarahan akan berhenti sendiri. Pesakit selalunya mengenalpasti pendarahan ini apabila membersihkan dubur dengan tisu di akhir pembuangan najis.
  5. Polip – ini adalah ketumbuhan “daging” yang boleh terdapat di sepanjang usus. Pendarahan yang berlaku bergantung kepada lokasi polip. Semakin dekat dengan dubur, semakin merah segar pendarahan yang berlaku. Sesetengah polip adalah ketumbuhan yang berpotensi untuk menjadi kanser (bergantung kepada ujian biopsi)
  6. Angiodisplasia – adalah pembuluh darah kecil yang tidak normal boleh terdapat di seluruh kawasan usus. Pembuluh darah ini boleh luka dan menyebabkan berak berdarah. Variasi jenis pendarahan dari merah segar ke kehitaman bergantung kepada lokasi pembuluh darah ini.
  7. Keradangan usus (proctitis / colitis) – secara amnya keradangan boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman. Pesakit akan mengadu cirit bercampur dengan darah atau najis yang lembut diselaputi darah.
  8. Ubat – beberapa jenis ubat boleh menyebabkan pendarahan seperti ubat pencair darah – warfarin dan aspirin.
Source: http://colorectalsurgeonssydney.com.au
Sumber: http://colorectalsurgeonssydney.com.au
Apa yang akan doktor lakukan selepas itu?

Sesudah mengambil sejarah terperinci berkenaan dengan masalah pesakit, doktor akan melakukan pemeriksaan di dalam klinik.
  1. Abdomen – Para doktor akan memeriksa abdomen (perut pesakit) untuk merasakan sebarang ketumbuhan atau benjolan/bengkakan.
  2. Pemeriksaan dubur – Doktor akan memeriksa sekitar kawasan dubur untuk melihat sebarang ketumbuhan (buasir – haemorrhoid, kanser), luka (anal fissure). Kemudian doktor akan memasukkan jari ke dalam lubang dubur untuk merasa sebarang ketumbuhan (terhad kepada 7cm pertama dari bibir anus) dan selesai pemeriksaan doktor akan melihat warna najis yang melekat pada sarung tangan. Ini akan memberi petunjuk kepada doktor untuk membuat diagnosis.
  3. Proktoskopi – Satu alat dalam lingkungan 2cm diameter untuk melihat dalam lubang dubur – terhad kepada 8cm dari bibir anus. Gel akan diletakkan di alat ini bagi mengelakkan kesakitan kepada pesakit.
Source: http://www.steinergraphics.com
Sumber: http://www.steinergraphics.com
Adakah pemeriksaan di klinik memadai atau saya perlu ujian lanjut?

Jika berpandukan kepada sejarah yang diberikan pesakit dan pemeriksaan yang dijalankan, doktor dapat mengenal pasti punca berak berdarah sama ada buasir atau luka (fissure), rawatan boleh diberikan serta merta. Walau bagaimanapun jika masalah berulang atau anda adalah dikalangan pesakit yang berisiko tinggi mempunyai kanser terutamanya atau pendarahan yang tidak dapat dikenal pasti puncanya, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah.
Rawatan lanjut yang membolehkan doktor pakar melihat kedalam usus besar pesakit adalah endoskopi – colonoskopi atau sigmoidoskopi. Ini adalah satu alat berbentuk tiub dalam diameter 1.5 cm yang mempunyai kamera dihujung tiub bagi membolehkan doktor pakar melihat ke dalam usus besar. Ujian ini membolehkan punca pendarahan dikenal pasti sehingga ke tahap terminal ileum (sambungan usus besar ke usus kecil) untuk colonoskopi dan ke tahap sigmoid bagi sigmoidoskopi. Rawatan susulan adalah bergantung kepada laporan colonoskopi atau sigmoidoskopi.
Selain daripada ujian endoskopi, darah pesakit juga akan diperiksa untuk membantu rawatan susulan dalam mendapatkan diagnosis.

Sumber: http://greatlakesgastroenterology.com
Sumber: http://greatlakesgastroenterology.com
Saya temui darah ketika membuang air besar. Apa perlu saya lakukan?

Anda boleh temui doktor keluarga anda yang berdekatan jika pendarahan itu adalah sedikit. Doktor akan memeriksa anda sepertimana yang dinyatakan di atas. Bergantung kepada diagnosis yang telah dibuat oleh doktor, akan menentukan sama ada anda memerlukan rawatan pakar atau rujukan ke hospital berdekatan. Tetapi jika pendarahan yang berlaku adalah banyak sehingga menyebabkan anda merasa pening, keletihan atau anda mempunyai tanda-tanda lain yang mencurigakan seperti kesusahan membuang air besar berlarutan, cirit birit berpanjangan anda dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan ke hospital untuk rawatan lanjut.


Dr. Ruhi Fadzlyana adalah seorang pakar bedah yang sedang bekerja di sebuah hospital di Kuala Lumpur. 


Rujukan:








HOTLINE 0163370696






Tuesday 23 August 2016

Punca Buasir


Punca Buasir. Mengikut pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia.

Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. 


Punca Buasir


Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).


Bagaimana Buasir Terjadi

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.

Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

Punca Buasir


Jumpa Doktor Segera

Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal.

Kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk. Pada ketika itu, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca Buasir

* Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.

* Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

* Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.


Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

Krim/Salap

Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.

Punca Buasir


Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama.

Daflon

Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

Ligasi Pita Getah

Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.

Hemorhoidektomi

Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.


Pembedahan eksisi

Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.

Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler)

Punca Buasir. Lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketiga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan.

Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.




Untuk rawatan sila hubungi...








HOTLINE 0163370696






Monday 8 August 2016

Buasir

Buasir

Pemahaman perubatan dahulu menganggap bahawa Buasir atau Hemorrhoid adalah akibat dari pembengkakan jaringan  pembuluh darah vena atau pun ianya dianggap sebagai ‘varicose vein’ di daerah anus dan rectum. 

Kajian saintifik terbaru membuktikan bahawa buasir sebenarnya adalah disebabkan pembengkakkan dan  pergerakan kebawah ‘anal cushions’ iaitu suatu struktur normal yang terdapat dibahagian hujung ‘rectum’. 


Buasir


‘Anal cushions’ ini terdapat secara semula jadi pada semua orang termasuk bayi yang baru lahir dan ia adalah struktur menebal yang terdapat dibahagian lapisan dalam dihujung rectum sehingga ke bahagian atas anal canal yang mengandungi saluran darah arteri dan venus, tisu elastic dan juga tisu fiber. 


‘Anal cushion’ ini berfungsi untuk memberikan “Fine Control” kepada ‘anal sphincter’. Ia akan menjadi buasir bila membengkak dan bergeser kebawah. 

Sekiranya kesemua bahagian ‘anal cushions’ ini dibuang kita akan mengalami kekurangan sekitar 20% kawalan ‘anal sphinter’ dan akan menyebabkan kita akan mengalami kesukaran untuk mengawal ‘kentut’ dan pembuangan najis. 



Buasir


Penyakit buasir sebenarnya mudah dicegah dan rawatan nya adalah tidak terlalu sukar sekiranya dirawat sebaik saja gejala-gejalanya mula di kesan.

Tanpa rawatan awal Buasir cenderung progresif dan bertambah teruk dari masa ke semasa.

Penyakit Buasir ini mempengaruhi sekitar 89% populasi Amerika di suatu waktu dalam hidupnya. Bahkan pada suatu penelitian disebutkan bahawa sekitar setengah dari orang sihat yang diperiksa memiliki buasir dengan tahap tertentu.







HOTLINE 0163370696